99.9 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak tahap satu, dua
Iklan
KUCHING - Sebanyak 99.9 peratus daripada 2,929 kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak hari ini tidak bergejala dan bergejala ringan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, 1,959 kes merupakan kategori satu (tiada gejala) dan 967 kes kategori dua (gejala ringan) manakala hanya 0.01 peratus iaitu tiga kes merupakan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).