Jangan cakap banyak, keluar sahaja: Nazri
Iklan
Mohamed Nazri
SHAH ALAM - Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan MCA dan MIC bebas membuat pakatan baharu dan tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk kedua-dua parti itu meninggalkan BN.
Katanya, MCA dan MIC perlu bertindak profesional dengan mencontohi 10 parti komponen BN yang bertindak keluar parti tanpa memberikan sebarang alasan selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.
Iklan
Iklan
"Pertama, saya nak bagi tahu MCA dan MIC. Sebelum PRU14, BN ada lebih kurang 14 parti komponen tetapi selepas PRU14, 10 parti atas alasan sendiri telah keluar. Bila mereka keluar, BN begitu sahaja. Tiada apa-apa.
"Jadi saya nak bagitahu MCA dan MIC, ikutlah jejak parti-parti yang sudah keluar sebelum ini. Jangan cakap banyak kalau nak keluar. Keluar lebih baik sebab UMNO tetap mendapat sokongan daripada orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Iklan
Nazri berkata, UMNO tidak berdepan masalah andai MCA dan MIC keluar parti dan mencari pakatan baharu kerana parti itu sedang berusaha mengadakan kerjasama yang kekal dengan Pas.
Katanya, kerjasama UMNO-Pas terbukti berjaya melalui kemenangan dalam dua PRK di Cameron Highlands dan Semenyih.
Iklan
"Kalau mereka nak mencari gabungan baharu, baguslah sebab UMNO pun sedang berusaha untuk mengadakan kerjasama yang kekal dengan Pas. Kita pun sedang mencari gabungan baharu juga.
"Jadi saya juga menyokong pucuk pimpinan UMNO untuk mengadakan kerjasama tetap dengan Pas bagi mengahadapi bukan sahaja PRK tetapi juga PRU15,” katanya.
Dalam pada itu, Nazri tidak mengambil pusing kenyataan bersama MCA dan MIC yang tidak mengikhtiraf pelantikannya sebagai Setiausaha Agung BN.
"Bukan MCA atau MIC yang lantik saya tetapi Pengerusi BN,” katanya.
MCA dan MIC hari ini mempertimbangkan untuk meninggalkan BN dan meninjau pakatan politik yang lain selepas asas kesepakatan dalam gabungan parti yang berusia 46 tahun itu sudah tiada lagi.
Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, MCA dan MIC akan meneroka satu pakatan baharu selepas UMNO terus membisu berhubung kenyataan perkauman daripada parti itu, termasuk daripada Nazri.
Semasa kempen PRK Semenyih, Nazri berkata bahawa kaum bukan Melayu tidak boleh mempersoalkan keistimewaan orang Melayu kerana turut menikmati keistimewaan seperti sekolah vernakular.
Nazri juga mempersoalkan pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan Menteri Kewangan, sambil menambah bahawa hak Melayu harus dipertahankan di semua peringkat.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan menegaskan kenyataan Nazri itu adalah pendirian peribadinya dan tidak mewakili UMNO serta BN.
Selepas menerima pelbagai kecaman, Nazri dalam sidang medianya menafikan bahawa beliau mahu menutup sekolah vernakular dan kenyataannya itu disalahtafsir sehingga segelintir pihak menyifatkannya memainkan sentimen perkauman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula memaklumkan Nazri disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapan kontroversinya itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi
Perikatan Nasional (PN) masih berunding bagi memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan sasaran mendapatkan tambahan dua kerusi daripada tujuh yang dibincangkan setakat ini bersama UMNO.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan berkenaan masih berlangsung dan keputusan akhir dijangka dibuat dalam masa terdekat, termasuk kemungkinan satu atau dua kerusi tambahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801616/berita/politik/prn-melaka-pn-belum-muktamad-agihan-kerusi-intai-tambahan-dua-kerusi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T08:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqn2jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqn2jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqn2jq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka: Pas nafi sepentas umum calon dengan BN
Pas menafikan akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bersama atau sepentas dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Sebaliknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada 28 atau 29 Oktober ini, iaitu pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801612/berita/politik/prn-melaka-pas-nafi-sepentas-umum-calon-dengan-bn
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #Pas #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T08:00:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P41S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmzj6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmzj6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmzj6"></script>