Alcantara masih mampu menyumbang

Iklan
Alcantara. - Foto Action Images

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan Thiago Alcantara sebagai pemain yang masih mampu menyumbang kepada skuad The Reds itu.

Menurutnya, biarpun mengalami masalah kecederaan lutut yang menghalangnya untuk berkasi pada musim pertamanya bersama The Reds musim lalu selain kekangan perlawanan berikutkan pandemik Covid-19, namun pemain Sepanyol berusia 30 tahun itu dilihat masih mampu menyumbangkan sesuatu buat pasukan.

Iklan
Iklan

"Dia (Thiago), telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemain yang masih boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan yang diwakilinya.

"Selain mampu beraksi dengan baik, dia juga memiliki karekter serta personaliti yang baik, dan kesemua itu turut menjadikannya sebagai salah seorang pemain berkelas dunia.

Iklan

"Dia juga seorang playmaker bagi pasukan selain boleh beraksi lebih dalam di antara dua barisan pemain lawan,” katanya.

Selain itu Klopp turut berbangga apabila Alcantara turut berperanan bagi membantu Sepanyol mara ke separuh akhir Euro 2020 lalu.

Iklan

Malah, Alcantara turut membantu Sadio Mane menjaringkan gol ketika berdepan Leeds United minggu lalu yang menyaksikan The Reds menang 3-0.

Mengulas aksi berdepan Crystal Palace pada Sabtu, Klopp mengesahkan bintang Brazil, Roberto Firmino mengalami kecederaan hamstring dan berkemungkinan besar tidak akan diturunkan pada aksi berdepan Crystal Palace, pada Sabtu.

Malah, pemain muda, Harvey Elliot juga akan diketepikan buat satu tempoh yang agak lama setelah mengalami kecederaan buku lali akibat diterjah pemain Leeds United, Pascal Struijk, minggu lalu.

"Kita kehilangan khidmat Firmino dan juga Elliot untuk perlawanan ini, namun kita akan tetap berusaha bagi mencatatkan kemenangan,” katanya.