Warga emas pandu kereta lawan arus ditahan

Iklan
Sebuah Toyota Prius dirakam dipandu secara melawan arus di Persiaran Tun Teja, Shah Alam pada Khamis.

SHAH ALAM - Seorang warga emas ditahan kerana memandu secara melawan arus dalam sebuah video tular yang dirakam di Persiaran Tun Teja di sini sekitar jam 1 petang Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, lelaki berusia 74 tahun itu dipercayai tersalah masuk laluan bertentangan.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Prius dipandu dari arah Plaza Tol Alam Impian menuju ke Jalan Batu 4 telah dipandu secara melawan arus.

"Dipercayai pemandu telah tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua di Persiaran Tun Teja," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, tiada kemalangan dilaporkan berlaku dan ujian saringan awal air kencing adalah negatif.

Katanya, suspek ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Iklan

"Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019 447 576," ujarnya.