Guru didakwa 32 pertuduhan seks luar tabii, amang seksual 7 pelajar
Iklan
Tertuduh (dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki tahun lalu.
TELUK INTAN - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Faizal Amir, 32, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Iklan
Iklan
Tertuduh yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Tapah itu didakwa atas 10 pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii kepada tujuh pelajar lelaki berusia 14 hingga 16 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di rumah warden sekolah berkenaan antara 28 Julai hingga 29 September 2020.
Iklan
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat.
Bapa kepada seorang anak itu juga didakwa dengan 22 pertuduhan amang seksual fizikal mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Iklan
Kesalahan yang dilakukan di lokasi, tarikh dan masa yang sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Cheah Shuh Yuan tidak menawarkan sebarang jaminan namun tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Farid Wajdi Hanif memohon agar jaminan RM3,000 dikenakan ke atas anak guamnya bagi setiap kes.
Hakim Intan Nurul Farena kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap 11 kes dengan jumlah keseluruhan jaminan sebanyak RM55,000 sebelum menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Mahkamah juga menetapkan tertuduh untuk melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan dilarang mendekati mangsa.
Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita disambung reman empat hari sehingga Ahad ini susulan kematian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dipercayai akibat didera, Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Perintah tahanan reman kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 42 tahun itu yang ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini Khamis lalu dibenarkan oleh Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Sebelum ini, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat hingga Rabu.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada kanak-kanak berkenaan diwakili peguam, Mohd Daud Ismail dan Alina Wong manakala kedua-dua wanita terbabit tidak diwakili peguam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662294/berita/semasa/empat-disambung-reman-bantu-siasatan-bayi-maut-disyaki-didera
Muzik: Elevate dari www.bensound.com