Brazil catat kes Covid-19 lebih 21.06 juta

Iklan
Jumlah jangkitan Covid-19 di Brazil meningkat kepada 21,069,017 dengan 34,407 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. (Gambar hiasan). - Foto 123rf

MOSCOW - Jumlah jangkitan Covid-19 di Brazil meningkat kepada 21,069,017 dengan 34,407 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Sputnik.

Sebanyak 643 korban terkini direkodkan menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 589,240, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sementara itu, lebih 20.17 juta pesakit telah pulih sejak pandemik melanda.

Sehari sebelum, negara itu mengesahkan 14,780 kes jangkitan Covid-19, dengan 800 kematian.

Iklan

Brazil berada di tangga kedua selepas Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan angka korban tertinggi dengan 669,000 kematian, dan ketiga di belakang AS dan India dari segi jumlah kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak pada 11 Mac 2020.

Iklan

Sehingga kini, lebih 226.96 juta orang telah dijangkiti di seluruh dunia, dengan lebih 4.66 juta kematian dilaporkan, menurut Universiti Johns Hopkins. -Bernama