Salur lebih RM18.24 juta pengurusan bencana Sabah
Iklan
KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyalurkan peruntukan lebih RM18.24 juta kepada Sabah bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan berkenaan adalah bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-Tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1,100,000) dan pengurusan operasi Covid-19 di Sabah iaitu sebanyak RM16 juta.