UMNO jangan terpedaya dengan kerjasama tidak jujur: Ahmad Zahid

Iklan
AHMAD ZAHID HAMIDI

SHAH ALAM - UMNO tidak boleh terpedaya dengan kerjasama tidak jujur oleh parti lain yang kesudahannya mengabaikan kepentingan parti, rakyat dan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak boleh sewenang-wenang dijadikan sebagai jambatan oleh pihak luar yang rakuskan kuasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang kerjasama yang terbentuk perlu berpaksikan analisis mendalam tentang manfaat kepada Malaysia dan masyarakatnya.

"Sebagai Presiden UMNO menjadi kewajipan saya untuk mempertahankan parti keramat ini dengan sepenuh jiwa dan raga.

Iklan

"Jati diri UMNO sebagai parti milik rakyat yang sentiasa mengutamakan rakyat harus kekal dalam apa jua keadaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Menurut beliau, ia perlu dilakukan agar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak menjadi penentu untuk UMNO sebagai sebuah parti yang dapat kembali selaku teras pentadbiran negara.

Iklan

Jelas beliau, jika UMNO terlibat dengan pihak lain yang berorientasikan kuasa, kedudukan dan kroni semata-mata, maka natijahnya amat buruk.

"Ini yang dapat kita saksikan baru-baru ini, namun UMNO telah bertindak menyekat kecurangan kepada rakyat dan negara tersebut.

"Kita juga pernah lihat bagaimana kerajaan 22 bulan cuba menenggelamkan parti ini yang akhirnya karam dengan sendiri.

"Begitu juga dengan parti politik yang cuba menguasai UMNO sejak 18 bulan lalu untuk mempertahankan kuasa turut gagal,” ujarnya.

Ahmad Zahid menjelaskan, beliau akan memastikan maruah dan jati diri UMNO di samping mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU15.