Zainuddin dilantik Ketua Pengarah Tourism Malaysia baharu
Iklan
Zainuddin dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu. - Foto Twitter
KUALA LUMPUR - Pengarah Kanan Pengurusan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Zainuddin Abdul Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa Isnin lepas.
Tourism Malaysia dalam kenyataan pada Rabu berkata, pelantikan itu dipersetujui Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri bagi menggantikan Zulkifly Md Said yang bersara wajib.
Iklan
Iklan
"Dengan pelantikan tersebut, beliau akan membantu usaha pemulihan industri yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sekali gus memacu perubahan ke arah digitalisasi pelancongan bagi merealisasikan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030,” menurut kenyataan itu.
Zainuddin yang sebelum ini menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam.
Iklan
Iklan
Beliau juga pernah menggalas jawatan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Produksi dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik di Tourism Malaysia. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>