Hari Malaysia 2021

Iklan


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia ke-58 di Balai Bomba Kuala Terengganu. Keluarga Malaysia akan menyambut Hari Malaysia 2021 esok hari dengan penuh harapan serta keyakinan bahawa negara akan menang dalam peperangan melawan pandemik COVID-19. Tema 'Malaysia Prihatin' masih menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Malaysia 2021 bagi mengingatkan rakyat pengorbanan yang dilalui dalam proses pembangunan negara. - Foto Bernama