Aksi pesawat pejuang

Iklan
Seorang lelaki tidak melepaskan peluang merakam gambar aksi pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melakukan terbang lintas di ruang udara Labuan sempena acara kemuncak Eksesais Ababil 2021 hari ini.
Penggemar 'plane-spotter' serta penduduk di sekitar pulau itu berpeluang menyaksikan pertunjukan udara pesawat-pesawat TUDM sehingga 17 September ini.