PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menuntut permulaan positif dalam kalangan pemain The Citizens apabila juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyingkap saingan Liga Juara-Juara dengan melayan kunjungan kelab Bundesliga, RB Leipzig di Stadium Etihad awal pagi Khamis.
Malah menurut Guardiola, tiga kemenangan di saingan liga seharusnya menjadi motivasi The Citizens memulakan kempen kejuaraan berprestij kelab Eropah tersebut langkah kanan selepas permulaan hambar aksi pembukaan liga.