413 kematian Covid-19 dilaporkan pada Isnin

Iklan
Gambar hiasan. - Foto fail Sinar Harian

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 413 kematian berkaitan Covid-19 pada Isnin.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu hanya 104 kes yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu.

Iklan
Iklan

Menerusi data yang dikeluarkan di laman sesawang Covid Now mendapati, sebanyak 176 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) turut direkodkan.

Jumlah keseluruhan kes kematian setakat jam 11.59 malam Isnin adalah 21,124.

Iklan

Sementara itu, seramai 228,124 kes aktif di seluruh negara membabitkan 188,563 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 25,350 lagi ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara terdapat 12,910 kes menerima rawatan di hospital.

Iklan

Pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi adalah 614 orang dan 687 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi vaksinasi penduduk di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sebanyak 227,147 dos vaksin telah diberikan pada Isnin.

Jumlah individu telah lengkap suntikan dos adalah 17,480,766 orang manakala 21,573,348 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.