Kids Jamboree Edisi Palestin pupuk kesedaran dari kecil

Iklan
Nadir (kanan) menyerahkan bantuan kepada salah seorang kanak-kanak Palestin.

SHAH ALAM - Mush Adi International, Philandure dengan kerjasama MyAqsa Defenders mengambil langkah proaktif untuk menyemai dan memupuk kesedaran berkenaan isu Palestin kepada kanak-kanak melalui Kids Jamboree Edisi Palestin secara maya pada 16 September.

Ketua Sekretariat MyAqsa Defenders, Muhammad Aiman Zin berkata, ia diadakan untuk memberikan maklumat yang jelas kepada kanak-kanak kerana sangat kurang program dan bahan yang sesuai untuk mendekati kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Program itu bertepatan dengan pepatah Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ iaitu dalam memberikan kefahaman yang tepat berkenaan isu Palestin ketika mereka kecil kerana banyak nilai-nilai baik yang kita tonjolkan melalui program ini antaranya empati, kasih sayang dan sebagainya.

"Walaupun program ini akan dilaksanakan secara maya tetapi pengisiannya sangat padat dan interaktif sesuai untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun. Pelbagai pertandingan dengan hadiah terkumpul bernilai RM 5,000 juga disediakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Muhammad Aiman berkata, antara pertandingan yang boleh disertai ialah pidato, melukis dan mewarna, sajak, kuiz dan banyak lagi.

"Pengisian menarik daripada ikon-ikon terkenal juga disajikan untuk tontonan seisi keluarga dari The Helmis (Heliza dan Hazwani Helmi), Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Bro Harith, Imam Muda Asyraf, Pengerusi MyAqsa Defenders, Nadir al-Nuri dan penampilan istimewa Inteam,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, program pertama kali ini berlangsung selama empat jam bermula jam 9.15 pagi hingga 1 petang.

Orang ramai yang berminat boleh layari https://zehnibros.co untuk membeli tiket dan buku Siri Saya dan Ummah serta beberapa barangan edisi terhad lain.