Covid-19: R-naught negara kekal 0.98, Sarawak tertinggi

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

NILAI kadar kebolehjangkitan di Malaysia kekal pada angka yang sama untuk dua hari berturut-turut.

Pada Isnin ia direkodkan pada 0.98 sama seperti hari sebelumnya.

Iklan
Iklan

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak mencatat kadar tertinggi dengan 1.16, diikuti Terengganu, Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang.

Iklan

Sementara itu, Sabah, Kedah, Melaka, Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan 11 kes baharu.

Iklan

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. - Awani