Tolong cari ibu kandung Syawal

Iklan
Waris kepada Muhammad Syawal dicari untuk membantu urusan dokumentasi persekolahan.
JERAM - Ibu kandung kepada Muhammad Syawal Rizqin, 6, dicari bagi membantu urusan dokumentasi persekolahan tahun depan.

Penjaga, Siti Maya Suriya Rosli, 33, memohon kerjasama orang ramai yang mengenali wanita itu yang juga warganegara Indonesia yang dikenali dengan panggilan Supriani.

Menurutnya, dia didatangi wanita itu yang rela hati menyerahkan bayi lelakinya berikutan tidak mampu untuk menjaganya pada Ogos 2012 lalu.

"Ketika itu, saya pun rela hati nak jaga Muhammad Syawal seperti anak sendiri dan kali terakhir saya dapat mengesan Supriani pada September 2012 lalu.

"Sehingga kini kami masih gagal mengesan wanita itu untuk urusan pengambilan anak angkat dan persekolahan," katanya kepada Sinar Harian.

Pihaknya memohon supaya waris atau ibu kandung kepada Muhammad Syawal dapat tampil ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor.