JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengakhiri kempen Liga Super musim ini dengan bergaya apabila melakar kemenangan ke-11 berturut-turut selepas menewaskan KL City FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.
Kemenangan itu nyata memeriahkan lagi sambutan kejuaraan kelapan berturut-turut JDT di pekarangan stadium berkenaan yang menyaksikan semua pemain dan barisan kejurulatihan JDT diarak bersama piala liga menggunakan bas khas.