Damok tamatkan GP Aragon di tempat ke-13
Iklan
PELUMBA Moto3 Petronas SRT, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon di Litar MotorLand Aragon pada kedudukan ke-13 pada Ahad.
Syarifuddin mencatatkan masa 38 minit 3.555 saat manakala rakan sepasukannya, Darryn Binder menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketujuh dengan catatan 37 minit 55.843 saat.