Lebih 17 juta populasi dewasa lengkap vaksin

Iklan
Sebanyak 72.7 peratus atau 17,026,781 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 72.7 peratus atau 17,026,781 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Ahad memaklumkan, sebanyak 90.9 peratus atau 21,290,857 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Iklan
Iklan

Sementara itu, sebanyak 38,260,575 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

"Semalam, sebanyak 258,929 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," menurut JKJAV.

Iklan
Iklan

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama