62 individu positif Covid-19 dalam kluster komuniti di Julau

Iklan
Sarawak merekodkan 3,734 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kini 147,764 kes. - Foto fail Bernama

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) Sarawak pada Jumaat mengistiharkan kluster baharu Suchong Balut di Julau, selepas 62 individu didapati positif Covid-19, menjadikan kluster aktif di negeri itu kepada 141.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan kluster itu dikesan melibatkan penduduk di dua buah rumah panjang berdekatan, yang terletak di kawasan Sungai Suchong Balut.

Iklan
Iklan

"Daripada 78 individu yang disaring, seramai 62 orang didapati positif termasuk kes indeks, 13 individu negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Sarawak merekodkan 3,734 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kini 147,764 kes.

Iklan
Iklan

Daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 110,392 individu atau 74.71 peratus telah pulih atau dibenarkan discaj daripada hospital dan jumlah kematian akibat pandemik itu kini meningkat kepada 607 orang selepas lima lagi kematian dilaporkan. - Bernama