Covid-19: 21,176 kes hari ini
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara pada Jumaat sedikit meningkat iaitu 21,176 kes berbanding 19,307 kes pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,940,950 kes.