'Kami mahu tunjukkan pemain Malaysia punyai kualiti'
Iklan
Tiga dari kanan, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal menyerahkan sijil tiada halangan (NOC) kepada Nuraini manakala Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak (dua, kiri) menyerahkan NOC kepada Fatin Shafika sambil disaksikan Timbalan Presiden KHM, Datuk Dr S Shamala; Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas KHM, Paul Revington (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif KHM, Norfaraha Hashim (kanan). - Foto Malaysian Hockey Confederation
DUA pemain senior Skuad Projek Khas Hoki Wanita Kebangsaan iaitu Nuraini Abdul Rashid dan Fatin Shafika Mohd Sukri bakal menyertai kelab East Grinstead HC yang berpangkalan di England, selama sebulan.
Nuraini dan Fatin Shafika akan bersama kelab itu sehingga 18 Oktober bagi membantu pasukan yang muncul selaku naib juara Liga Hoki England (Premier) musim lalu itu beraksi di Liga Hoki Eropah (EHL) dan juga mencabar saingan musim baru Liga Hoki England (Premier) 2021.
Iklan
Iklan
Nama Nuraini Rashid tidak asing bagi East Grinstead kerana penampilan kali ini merupakan penampilan kali ketiga beliau bersama kelab tersebut di mana Nuraini telah bersama pasukan itu pada September hingga Disember 2019 ketika membuat penampilan pertama dan Februari hingga April 2020 bagi penampilan keduanya.
"Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk membuat penampilan kali ketiga bersama East Grinstead dan pastinya saya mahu mengekalkan prestasi yang telah saya berikan pada dua musim lalu dan saya berazam untuk mengekalkan pencapaian bersama pasukan iaitu mengakhiri saingan liga di kedudukan dua pasukan terbaik.
Iklan
"Liga di sana dan Liga di negara kita pastinya berbeza kerana England merupakan tiga pasukan terbaik di Sukan Olimpik Tokyo dan dalam East Grinstead sendiri, terdapat tiga pemain beraksi di Sukan Olimpik baru-baru ini jadi banyak ilmu yang pastinya boleh saya pelajari daripada mereka.
"Sudah semestinya saya teruja untuk kembali beraksi bersama mereka dan dalam masa yang sama saya mahu terus mengumpul pengalaman sebanyak yang boleh serta terus belajar perkara-perkara yang baru dengan mereka,” jelas Nuraini dipetik dari laman Facebook KHM.
Iklan
Dalam pada itu, beraksi bersama East Grinstead menjadi pengalaman pertama buat Fatin Shafika yang sebelum ini pernah menyertai Butterfly Roma HC di Rome, Itali, pada September hingga November 2018 juga bersama-sama Nuraini ketika itu dan kembali bersama pasukan yang sama sekali lagi pada September hingga November 2019.
"Sudah tentu saya gembira dan sangat teruja untuk beraksi di saingan Liga Hoki England. Dengan peluang yang diberikan ini saya mahu menggunakannya dengan sebaik mungkin.
"Saya juga mahu tunjukkan kepada mereka bahawa pemain-pemain Malaysia juga mempunyai kualiti untuk beraksi bersama mereka,” ujar Fatin Shafika.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.