Anwar percaya SPR mampu laksana Undi 18
Iklan
Anwar Ibrahim
SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan Undi 18 menjelang akhir tahun ini.
Menurutnya, perkara itu turut dibincangkan ketika bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kelayakan mengundi untuk 18 tahun itu perlu dan selama ini kerajaan cuba berdolak-dalih memberikan pelbagai alasan teknikal dan undang-undang.
"Pada perjumpaan itu, saya turut menekankan bahawa hal ini perlu dilaksanakan sebelum akhir tahun ini iaitu sebelum PRU akan datang," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan pada Khamis.
Iklan
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pihaknya percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima arahan yang jelas dan mereka mampu melaksanakannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini berkata, SPR diarah bersedia untuk melaksanakan Undi 18 sebelum 31 Disember ini seperti diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September lalu.
Iklan
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>