KUALA LUMPUR - Seramai 15,754 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Ops Benteng) di bawah ‘National Task Force’ bagi tempoh Mei 2020 hingga Selasa lalu (7 September), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, bagi tempoh sama, seramai 2,232 PATI diusir dalam operasi yang melibatkan 19 agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.