Lebih separuh populasi dewasa Malaysia lengkap suntikan dos
Iklan
PUTRAJAYA - Lebih separuh daripada populasi dewasa di negara ini telah mendapat suntikan lengkap dos vaksin Covid-19.
Menerusi data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), sebanyak 50.5 peratus yang telah lengkap suntikan manakala 64.1 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin sehingga Selasa.