Hanya empat kes baharu di Sarawak perlukan ventilator
Iklan
KUCHING - Hanya empat daripada 3,100 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sarawak pada Rabu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan penggunaan alat ‘ventilator’, manakala selebihnya tidak bergejala atau bergejala ringan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan berkata, tujuh daerah mencatat jumlah kes baharu tiga digit terdiri dari Kuching dengan 804 kes, Sibu (379 kes), Samarahan (252 kes), Bintulu (231 kes), Lundu (155 kes), Bau (152 kes) dan Asajaya (133 kes).