Kereta sewa terpakai

Iklan
Penjual kereta, Muhammad Nabil Ahmad Shalkawi, 25, memeriksa kereta sewa terpakai sebelum dijual ketika tinjauan Bernama di Gunung Rapat di sini hari ini.

Ketika industri pelancongan lumpuh sejak negara dilanda pandemik Covid-19, aktiviti penjualan kereta sewa terpakai sememangnya antara yang teruk terjejas.

Peniaga kereta sewa terpakai, M. Ravendran, ketika ditemui berkata perniagaan kereta sewa dan teksi terpakai dilihat semakin menurun ekoran ketiadaan pembeli yang sanggup mengambil risiko. Ketiadaan kemasukan pelancong dari luar juga menjadi faktor utama yang menyebabkan pembeli bimbang untuk membeli kereta sewa terpakai untuk menjalankan perniagaan. Difahamkan kos bulanan yang perlu ditanggung penjual mencecah sehingga RM 15,000 sebulan.

Iklan
Iklan

Jumlah penjualan kereta sewa terpakai ketika pandemik hanya sebanyak 45 buah sepanjang sembilan bulan berbanding 150 buah kereta dalam masa dua minggu sebelum negara dilanda pandemik. Harga Kereta yang ditawarkan bermula RM5,000 sehingga RM40,000.

Iklan
Iklan