Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Iklan
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM28.45 bilion daripada RM37.08 bilion pagi ini manakala dalam dana Islam, ia susut kepada RM18.92 bilion daripada RM22.65 bilion sebelum ini.

Iklan
Iklan

Pada Rabu, sebelum ini BNM menawarkan satu tender lelongan matang pelbagai, dua tender Qard dan satu tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM17.9 bilion daripada RM16.2 bilion.

Iklan

Pada jam 4 petang, bank pusat itu menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM28.5 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM17.9 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 1.72 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing pada 1.77 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus. -Bernama

Iklan