Hampir 90 peratus populasi dewasa sudah terima satu dos vaksin

Iklan
Gambar hiasan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88.9 peratus atau 20,814,413 populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Selasa.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Rabu memaklumkan 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa pula telah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 326,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," menurut JKJAV.

JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.

Iklan

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Iklan