Legenda bola sepak Pele jalani pembedahan usus

Iklan
Pele pada Isnin mengesahkan telah menjalani pembedahan usus. Foto CNN

LEGENDA bola sepak Brazil yang memenangi tiga kali piala dunia, Pele pada Isnin mengesahkan telah menjalani pembedahan usus, lapor Sputnik.

Pele dimasukkan ke hospital untuk menjalani saringan kesihatan di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo pada 31 Ogos dan didapati mempunyai tumor.

Iklan
Iklan

"Terima kasih buat mereka yang mendoakan. Saya bersyukur kerana masih di dalam keadaan yang baik dan berpeluang dirawat oleh Dr Fabio dan Dr Miguel.

"Sabtu lalu saya menjalani pembedahan membuang tumor di usus kanan.

Iklan

"Saya akan harungi ujian ini dengan senyum, optimis dan gembira dikelilingi keluarga tercinta dan sahabat handai," katanya menerui akaun Instagramnya.

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman itu bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-81 pada Oktober. - Bernama

Iklan