Honor tawar harga diskaun sehingga RM300

Iklan
Honor MagicBook 15 ditawarkan pada harga yang berbaloi sempena jualan Honor 9.9 Super Shopping Day di Shopee dan Lazada.

HONOR Malaysia (Honor) menawarkan diskaun menarik untuk komputer dan peranti boleh pakai menerusi Honor 9.9 Super Shopping Day.

Honor dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Honor memberikan diskaun sehingga RM300 bagi jualan pada kali ini di Lazada Honor Flagship Store dan Shopee Honor Malaysia Official Store.

Iklan
Iklan

"Jualan di Lazada berlangsung dari 9 hingga 11 September 2021, manakala Shopee pada 9 September sahaja. Hadiah percuma payung, baucar VIP JOOX tiga bulan, beg galas komputer riba Honor dan tetikus tanpa wayar Bluetooth akan diberikan kepada pembeli mengikut pembelian mereka,” jelas kenyataan itu.

Honor berkata, antara peranti yang ditawarkan pada harga diskaun ialah Honor Band6, Honor Earbuds 2 Lite, Honor MagicWatch 2 42 milimeter (mm) Agate Black, Honor MagicWatch 2 46mm Flax Brown, Honor MagicWatch 2 46mm Charcoal Black dan Honor MagicBook 15.

Iklan

"Kami menawarkan Honor Band6 atau gelang pintar dengan harga diskaun iaitu RM165 berbanding harga asal RM189. Bagi Honor Earbuds 2 Lite pula ditawarkan pada harga RM269 selepas diskaun dan pembeli akan mendapat baucar VIP JOOX 3 bulan,” katanya.

Sementara itu, Honor juga menawarkan harga diskaun Honor MagicWatch 2 42mm Agate Black dan Honor MagicWatch 2 46mm Flax Brown masing-masing RM449 dan RM549 manakala Honor MagicWatch 2 46mm Charcoal Black ditawarkan pada harga RM499, pembeli akan membawa pulang hadiah percuma payung.

Iklan

"Sempena jualan ini juga, Honor MagicBook 15 ditawarkan pada harga RM3,499 dan pembeli akan menerima hadiah percuma beg galas komputer riba Honor berserta tetikus tanpa wayar Bluetooth.

"Harga promosi Honor MagicBook Pro pula ialah RM3,299 iaitu penjimatan sebanyak RM300. Hadiah percuma beg galas komputer riba Honor dan tetikus tanpa wayar Bluetooth turut menanti pembeli.

"Rebutlah promosi sempena Honor 9.9 Super Shopping Day untuk mendapatkan peranti idaman pada harga diskaun,” katanya.

Untuk matlumat lanjut Honor 9.9 Super Shopping Day boleh mengunjungi Lazada Honor Flagship Store, Shopee Honor Malaysia Official Store dan di https://www.hihonor.com/my/.