'Sampai bila perlu bergantung bantuan tunai, KWSP'
Iklan
Shahril Sufian Hamdan
SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengulangi saranan kepada kerajaan agar mewujudkan inisiatif skim jaminan pekerjaan atau Job Bank (bank pekerjaan) sebagai usaha kelangsungan ekonomi negara buat jangka masa panjang.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan tersebut, kerajaan tidak akan bergantung kepada peluang pekerjaan di sektor swasta semata-mata.
Iklan
Iklan
"Sambil merancang pembukaan dan kelonggaran itu, kerajaan mesti memerangi pengangguran dengan dasar tuntas.
"Saya mengesyorkan sekali lagi skim jaminan pekerjaan atau Job Bank di mana kerajaan tidak mengharapkan swasta sahaja untuk mencipta kekosongan pekerjaan, tetapi dalam jangka pendek dan sederhana kerajaan beraksi lebih terus yakni menyediakan dan membiayai peluang pekerjaan yang sepatutnya.
Iklan
"Selain itu, sebarang usaha menjana aktiviti perniagaan harus dilaksanakan segera seperti mempermudah birokrasi yang mengekang peniaga dan penjaja melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Shahril berkata, strategi pengukuhan ekonomi makro dan ekonomi rakyat mesti lebih menyeluruh ketika negara bakal berdepan ke fasa endemik kerana menyedari bantuan wang tunai hanya bersifat sementara.
Iklan
"Sampai bila hendak bergantung hanya kepada tunai dan keluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang jumlah simpanannya pun semakin mengecil. Seramai 4.5 juta pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM5,000. Selesai selesai i-Citra, tidak mustahil lebih sejuta pencarum tinggal hampir RM0.
"Lebih 750,000 orang menganggur dan kebanyakannya orang muda. Mereka tidak menolak wang tunai atau kampit beras, tetapi mereka lebih mahukan peluang kerja dan peluang berniaga.
"Orang muda di Malaysia amat komited serta bersemangat. Pada mereka, tiada ganti kepada konsep menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>