Pegawai penjara, pekerja ladang pencetus kluster baharu di Sabah
Iklan
KOTA KINABALU - Satu kluster Covid-19 melibatkan sebuah pusat tahanan bimbingan akhlak di Keningau dikesan dengan 29 kes positif direkodkan pada Ahad, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, Kluster Pagar Sebrang dicetus seorang pegawai penjara berusia 40 tahun di pusat tersebut yang dikesan positif pada 25 Ogos lepas melalui saringan kontak rapat.