Seorang rakyat Palestin terbunuh, 15 lagi cedera
Iklan
GAZA - Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di sempadan Gaza pada Khamis, hingga mengorbankan seorang rakyat Palestin dan mencederakan 15 yang lain.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, pasukan tentera menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan ketika mereka berkumpul di sempadan wilayah timur Gaza, lapor Agensi Anadolu.