Robok rezeki di Masjid Taman Perling
Iklan
Jamsani bersama robok rezeki yang terdapat di Masjid Taman Perling.
JOHOR BAHRU - Masjid Taman Perling di sini, mengambil inisiatif membantu golongan yang memerlukan dengan mewujudkan program robok rezeki sejak dua minggu lalu.
Pengerusi dakwah masjid berkenaan merangkap pengerusi program tersebut, Jamsari Daud berkata, ia bertujuan menyediakan keperluan barangan harian secara percuma kepada golongan yang memerlukan dan tinggal di kawasan sekitar masjid itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tercetusnya idea untuk melaksanakan program tersebut sebagai mempelbagaikan program kebajikan yang dijalankan sebelum ini.
"Sebelum ini, kita sampaikan sumbangan setiap bulan kepada golongan asnaf dan kali ini kita wujudkan robok rezeki untuk bantu lebih ramai golongan yang memerlukan. Antara barangan keperluan asas secara percuma yang disediakan termasuklah minyak, gula, tepung, beras dan sardin.
Iklan
"Kita harap hanya mereka yang benar-benar memerlukan mengambilnya dan usaha ini dapat membantu meringankan beban mereka," katanya kepada Sinar Harian.
Jamsari berkata, buat masa ini, program tersebut mendapat sumbangan daripada golongan tertentu.
Iklan
"Ada pihak yang sampaikan sumbangan dan pihak masjid hanya menunaikan amanah yang diberikan.
"Bagaimanapun, di masa akan datang kita sentiasa mengalu-alukan sumbangan pihak lain dan secara tidak langsung program ini dapat menggalakkan amalan sedekah di kalangan umat Islam," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sisa binaan Singapura cemari sungai: Nak dapat RM20 pun susah - Nelayan"><meta itemprop="description" content="Pendapatan nelayan di Kampung Simpang Kiri, Mukim Sungai Karang di Pontian semakin terjejas apabila hasil udang di sungai berkenaan merosot susulan pencemaran dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa binaan Singapura.
Keadaan itu didakwa semakin ketara ketika musim hujan apabila air sungai bertukar hitam, berbau busuk dan alirannya menjadi semakin tersekat akibat sungai yang semakin cetek dan sempit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793172/edisi/johor/sisa-binaan-singapura-cemari-sungai-nak-dapat-rm20-pun-susah---nelayan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sisabinaan #singapura #Sungaitercemar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T09:02:50.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazxym6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazxym6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazxym6"></script>