Pelajar terpilih UPNM terima sumbangan komputer riba, wang ringgit

Iklan
Ahmad Masrizal menyampaikan bantuan komputer riba kepada salah seorang penerima ketika melakukan lawatan kerja rasmi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada Khamis. FOTO: ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyampaikan sumbangan bantuan prihatin kepada 20 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terpilih.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, sumbangan tersebut berupa pemberian komputer riba dan wang tunai RM1,000 setiap seorang.

"Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa KPT dengan berbesar hati akan menyampaikan sumbangan komputer riba dan sedikit sumbangan wang tunai.

Iklan

Ahmad Masrizal menyampaikan replika cek Dermasiswa kepada salah seorang penerima ketika melakukan lawatan kerja rasmi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada Khamis. FOTO: ROSLI TALIB

"Sumbangan ini akan diberikan kepada pelajar 20 orang yang berkeperluan,” katanya ketika melakukan lawatan kerja rasmi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada Khamis.

Iklan

Turut hadir, Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Rosli Yaakub.

Pada lawatan kerja itu Ahmad Masrizal turut berikan taklimat berkenaan info ringkas serta hala tuju dan perkembangan terkini UPNM.

Dr Ahmad Masrizal Muhammad

Mengulas lanjut, Ahmad Masrizal, lawatan tersebut merupakan lawatan pertamanya sebagai timbalan menteri di KPT dan untuk melihat kesediaan pihak institut pengajian tinggi (IPT) untuk mendepani keadaan situasi semasa.

"Selain ia juga bagi memacu hala tuju universiti ke arah kemajuan dan produktiviti,” ujarnya.