Melaka beralih Fasa 2 PPN, Negeri Sembilan Fasa 3 mulai 4 September

Iklan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing akan beralih ke Fasa Dua serta Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Sabtu ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, peralihan fasa PPN bagi kedua-dua negeri itu dibuat oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut sebulat suara bersetuju untuk ia dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri berkata, jawatankuasa khas tersebut akan melibatkan wakil daripada parti pembangkang yang merupakan satu usaha kolektif untuk membabitkan semua pihak berkepentingan.

"Ini bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ismail Sabri berkata, mesyuarat turut bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. - Bernama