Saintis Belanda siasat kematian misteri ikan lumba-lumba

Iklan
Gambar fail menunjukkan seekor ikan lumba-lumba daripada spesies Phocoena phocoenase. - Foto ITAW

THE HAGUE - Sekumpulan saintis Belanda pada Rabu sedang menyiasat kematian misteri sejumlah ikan lumba-lumba spesies Phocoena phocoenase selepas bangkai haiwan itu dihanyutkan ombak ke pantai-pantai Kepulauan Wadden, utara negara berkenaan.

Pengarah SOS Ikan Lumba-lumba, Annemarie van den Berg berkata, sejak Khamis minggu lalu, pihaknya telah menemui sejumlah besar hidupan laut tersebut yang telah mati itu.

Iklan
Iklan

Berg berkata, bangkai ikan-ikan itu masih boleh ditemui pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, terdapat sesuatu yang ganjil berlaku di Laut Wadden sehingga menyebabkan ikan-ikan tersebut mati, katanya.

Iklan

Seorang ahli marin biologi, Lonneke IJsseldijk yang melakukan bedah siasat terhadap haiwan-haiwan berkenaan sebelum ini berkata, punca sebenar kematian banyak ikan lumba-lumba itu masih kekal misteri.

Beliau berharap akan menemui jawapan tentang kematian itu dalam minggu ini.

Iklan

IJsseldijk berkata dalam satu kenyataan, ikan lumba-luma itu mati berkemungkinan disebabkan oleh penyakit.

Sehingga kini kira-kira 100 ikan lumba-lumba daripada spesies itu ditemui mati di Kepulauan Wadden, kata aktivis-aktivis haiwan.

Hidupan laut tersebut mempunyai saiz yang kecil berbanding ikan lumba-lumba lain dan ia boleh membesar sehingga hampir dua meter panjang. - Agensi