Covid-19: Itali mula guna pas hijau bagi pengembara domestik

Iklan
Papan tanda memberitahu para penumpang harus menunjukkan segala dokumen diperlukan termasuk sijil vaksinasi sebelum dibenarkan melakukan perjalanan. - Foto AP Newsroom

ROM - Itali kini memulakan penggunaan pas hijau kepada pengembara domestik.

Ia adalah sebahagian daripada usaha negara itu untuk meningkatkan kadar vaksinasi dan mengekang penularan Covid-19.

Iklan
Iklan

Pas tersebut mengesahkan bahawa seseorang itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan melebihi 14 hari.

Atau mereka disahkan negatif melalui ujian saringan dalam tempoh 48 jam selain sudah pulih dijangkiti Covid-19 sejak enam bulan lalu.

Iklan

Susulan itu, pemegang pas hijau itu boleh digunakan buat pengembara domestik menggunakan penerbangan, keretapi untuk menuju ke destinasi antara wilayah.

Namun, perkhidmatan bas, tram atau metro dikecualikan daripada penggunaan pas ini.

Iklan

Sebelum ini, protes dalam skala kecil timbul terhadap penggunaan pas hijau.

Untuk rekod, setakat ini 70 peratus rakyat Itali sudah melengkapkan vaksinasi mereka. - Awani