Johor terima 1.9 juta dos vaksin bulan ini

Iklan
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan, Johor bakal menerima 1.9 juta dos bekalan vaksin Covid-19 bulan ini.

Tunku Mahkota Johor berkata, bekalan vaksin tersebut untuk pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah dos vaksin ini, sebanyak 1.76 juta adalah vaksin Pfizer," ujar Tunku Ismail di Facebook, pada Rabu.

Tunku Ismail berkata, pembekalan vaksin itu dijangka membolehkan seluruh rakyat Johor yang layak mendapat suntikan vaksinasi.

Iklan

Pada 30 Ogos lalu, Tunku Ismail bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu bagi membincangkan berkenaan pelaksanaan vaksin di negeri ini.

Perbincangan tersebut turut meliputi isu pembekalan vaksin oleh kerajaan Pusat serta pelaksanaan Inisiatif Pemimpin Advokasi Covid-19 (IPA-C) oleh kerajaan negeri.

Iklan