Saham Scientex meningkat susulan pelan pembelian tanah terkini

Iklan
Gambar hiasan.

SAHAM Scientex Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Rabu, susulan pelabur memberi reaksi positif terhadap pengumuman pelan pembelian tanah baru-baru ini.

Pada jam 10.05 pagi, saham itu meningkat 5.0 sen kepada RM4.53 dengan 182,600 unit saham bertukar tangan.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan pada Isnin, Scientex menjelaskan unit milik penuhnya, Scientex Park (M) Sdn Bhd, akan membeli lima bidang tanah pegangan bebas dengan keluasan keseluruhan 101.5 hektar di Jenjarom, Selangor dari Seriemas Development Sdn Bhd pada RM207.6 juta.

Menurut Scientex, ia merancang untuk melancarkan projek pembangunan bercampur di kawasan tersebut, dengan nilai pembangunan kasar yang masih belum ditentukan.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Scientex, Lim Peng Jin dalam kenyataan itu berkata, cadangan pembelian tanah itu merupakan peluang untuk kumpulan meningkatkan simpanan tanah sedia ada di Selangor, terutama selepas pembelian yang menggalakkan untuk pembangunannya di Kundang Jaya dan Rawang.

Beliau berkata, respons yang positif telah mengekalkan keyakinan syarikat mengenai permintaan kukuh terhadap rumah mampu milik. - Bernama

Iklan