Maloney panggil tiga muka baharu

Iklan
Maloney ketika memantau anak buahnya menjalani latihan pertama di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, petang tadi. - Foto FAM

SKUAD Bawah 20 tahun negara kendalian Brad Maloney turun menjalani latihan pertama di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, petang tadi selepas memperoleh keputusan negatif bagi Ujian PCR Covid-19 yang dijalankan sejurus mereka melapor diri pada Isnin.

Kem latihan pusat Fasa 1 selama sembilan hari sehingga 7 September ini disertai seramai 24 pemain termasuk tambahan tiga pemain baharu yang dipanggil iaitu penjaga gol Perak FC, Muhammad Azri Ab Ghani serta dua pemain Johor Darul Ta'zim II, Chia Ruo Han dan Muhamad Alif Abdul Mutalib.

Iklan
Iklan

Sementara enam pemain lain yang berada dalam senarai awal sebelum ini tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini kerana kecederaan dan sebab tertentu iaitu dua penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Selangor FC) dan Nabil Asyraf Ramli (Skuad Projek FAM-MSN).

Selain itu, Hairiey Hakim Mamat (Terengganu FC II), Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri (Johor Darul Ta'zim II), Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman FC) dan Muhammad Hazwan Hassan (Skuad Projek FAM-MSN).

Iklan
Iklan

Kem latihan pusat ini sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober depan.