SHAH ALAM - Loji Rawatan Sungai Semenyih terpaksa dihentikan tugas sepenuhnya berikutan insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Muka Sauk Jenderam Hilir.
Air Selangor memaklumkan, senarai kawasan gangguan akan dimaklumkan nanti.
Iklan
Iklan
"Senarai kawasan gangguan bekalan akan dimaklumkan menerusi medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com," kata kenyataan itu menerusi status Facebook Air Selangor pada Selasa.
Sementara itu, menerusi aplikasi Air Selangor, sebanyak lima wilayah dijangka berdepan gangguan bekalan air.
Lima wilayah terbabit ialah di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sepang dan Putrajaya.