Hakim AS arah hospital guna Ivermectin rawat pesakit Covid-19

Iklan
Seorang pesakit Covid-19 dibenarkan untuk dirawat dengan menggunakan ubat Ivermectin di Hospital West Chester dekat bandar raya Cincinnati, Ohio. - Foto Agensi

WASHINGTON - Seorang wanita telah mendapat arahan mahkamah supaya suaminya dirawat dengan menggunakan ubat antiparasit iaitu Ivermectin di sebuah hospital di Ohio, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Suaminya itu kini menggunakan alat ventilator untuk bernafas selepas dijangkiti Covid-19 di Hospital West Chester, dekat bandar raya Cincinnati, Ohio.

Iklan
Iklan

Menurut AFP, Hakim Gregory Howard mengarahkan hospital tersebut untuk merawat suami kepada Julie Smith iaitu Jeffrey Smith dengan Ivermectin, menurut satu arahan mahkamah pada 23 Ogos lalu.

Sebelum ini, Institut Kebangsaan Kesihatan menyatakan tidak ada bukti kukuh bahawa Ivermectin boleh merawat Covid-19 sehingga satu keputusan jelas dikeluarkan daripada pihak yang melakukan ujian ubat berkenaan.

Iklan

Ivermectin diluluskan oleh Pentadbiran Dadah dan Makanan AS untuk merawat orang ramai yang mengalami masalah cacing, tetapi agensi tersebut memberi amaran supaya jangan menggunakannya untuk tujuan merawat Covid-19.

Sebelum ini, seorang individu membeli Ivermectin di internet dan mengambilnya lima kali sehari dan akhirnya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana gagal untuk mengikut arahan yang diberikan.

Iklan

Namun, keadaannya pulih selepas penggunaan ubat itu tidak lagi diambil.- Agensi