LHDN agih 500 bakul makanan

Iklan
Md Kamal (tengah) bersama wakil LHDN dan penerima bantuan LHDN Prihatin.

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui program tanggungjawab sosial (CSR) Hasil Prihatin mengagihkan sebanyak 500 bakul makanan kepada penduduk di Rawang, Selangor; Muar dan Segamat, Johor.

Iklan
Iklan

LHDN berkata, sebanyak 300 bakul makanan diagihkan kepada wakil-wakil penduduk untuk diserahkan kepada penerima yang memerlukan di Rawang.

"Sebanyak 200 bakul makanan pula telah diagihkan kepada wakil surau dan pertubuhan di sekitar Muar dan Segamat. Antara surau dan pertubuhan terlibat ialah Surau Pengkalan Parit Tiram, Penghulu Mukim Parit Jawa dan Kelab Warisan Prihatin di Muar, selain Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih di Segamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Mohamad Zain (dua dari kanan) bersama wakil LHDN dan wakil penduduk yang akan menerima bantuan bakul makanan.

Menurut LHDN, Pengarah Negeri LHDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Zain Mohamad Said menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada wakil penduduk di Rawang dalam satu majlis di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Iklan

Mohamad Zain (kanan) bersama penerima bantuan LHDN Prihatin.

Sementara itu, Pengarah Negeri LHDN Johor, Md Kamal Johan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada wakil-wakil surau dan pertubuhan di sekitar daerah Muar dan Segamat di LHDN Cawangan Muar, Johor.

"LHDN prihatin untuk membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik dengan mengagihkan bakul makanan kepada penduduk. Setakat ini, sebanyak 5,055 bakul makanan telah diserahkan kepada rakyat memerlukan di bawah program CSR ini.

Md Kamal (tengah) menyampaikan bantuan LHDN Prihatin kepada salah seorang penerima.

"Program ini merupakan siri penyampaian sumbangan berupa makanan dan barang keperluan asas yang dilancarkan Kementerian Kewangan pada 31 Julai lalu dan akan diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara khusus untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” kata LHDN.