Kuda Merdeka

Iklan
Pemilik Ladang SRZ Ternak Ladang Tenusu, Jeram Mengaji, Nik Syazwan Najmi Sukeri, 21, (dua, kiri) bersama rakan menunggang kuda sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2021 bertujuan menyemai semangat patriotisme di kalangan mereka ketika ditemui Bernama di Ladang SRZ Ternak Ladang Tenusu, Jeram Mengaji di sini.

Kebiasaanya mereka akan mengambil inisiatif untuk melakukan perarakan kuda secara besar-besaran sehingga ke Selising iaitu kira-kira tujuh kilometer dari ladang.

Bagaimanapun, memandangkan sekarang negara dilanda wabak COVID-19, sekaligus untuk mengelakkan berlaku perkumpulan mereka hanya membawa kuda mengelilingi ladang yang ditunggang oleh penunggang sambil memegang Jalur Gemilang. - Foto Bernama