Kekurangan vaksin: TMJ titah MB, Pengarah Kesihatan menghadap

Iklan
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu untuk menghadap baginda pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu untuk menghadap baginda pada Isnin.

Menerusi muat naik di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor pada Ahad, turut serta dipanggil menghadap ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Iklan
Iklan

"Saya juga akan berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) mengenai satu laporan yang saya terima mengenai kekurangan vaksin dan pembatalan janji temu untuk vaksinasi.

"Saya juga akan bangkitkan mengenai isu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok (Isnin)," titah baginda.

Iklan
Iklan