Spurs kekalkan rentak kemenangan ketiga berturut-turut
Iklan
PASUKAN Tottenham Hotspur mengekalkan momentum positif saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melakar kemenangan ketiga liga selepas menjinakkan Watford 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur malam ini.
Jaringan hasil sepakan percuma Son Heung-min pada minit ke-42 sudah cukup membolehkan skuad kendalian Nuno Espírito Santo melebarkan tiga kemenangan berturut-turut liga.