Format Liga-M masih kekal: MFL

Iklan
Ab Ghani

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan format kenaikan dan penyingkiran Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2021/2022 masih kekal seperti biasa.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, format Liga Super yang terdiri daripada 12 pasukan menyaksikan dua pasukan tercorot akan tersingkir ke saingan Liga Premier.

Iklan
Iklan

Menurutnya, juara dan naib juara Liga Premier akan dinaikkan pangkat bermain di Liga Super pada musim depan.

"Format Liga Super 2021 akan kekal di mana sebanyak 12 pasukan dalam satu pertandingan dan dua pasukan tercorot akan tersingkir ke saingan Liga Premier pada tahun 2022.

Iklan

"Sementara juara dan naib juara Liga Premier musim 2021 pula akan bermain dalam kempen Liga Super 2022 seperti mana yang termaktub di dalam Manual Liga Malaysia edisi 2021 bagi format Liga Malaysia,” katanya dalam kenyataan rasmi pada Ahad.

Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan skuad Perak FC yang kini berada di ambang penyingkiran daripada Liga Super berkemungkinan akan terus kekal beraksi dalam liga utama negara musim depan.

Iklan

Menerusi video yang tular di laman media sosial, Ahmad Faizal mendakwa sudah mengadakan perbincangan dengan Setiasuaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk membuka saingan Liga Super kepada 16 pasukan berbanding 12 pasukan mengikut saranan FIFA.