Satu kluster komuniti dikesan di Bau, Sarawak: JPBN

Iklan
Foto 123RF

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad mengisytiharkan penemuan satu kluster komuniti baharu iaitu kluster Kaman di daerah Bau.

JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster itu dikesan melibatkan penduduk di Kampung Kaman dengan 69 individu didapati positif Covid-19 hasil saringan ke atas 149 individu di kampung berkenaan.

Iklan
Iklan

Selain itu, Sarawak pada Ahad merekodkan 2,522 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 112,245 kes.

Daripada jumlah kes positif itu, sejumlah 2,520 kes adalah kategori satu dan dua dan dua lagi kes masing-masing di kategori tiga dan empat.

Iklan

Selain itu, dua kematian baharu akibat jangkitan itu juga direkodkan, sekali gus menjadikan jumlah kematian di negeri ini meningkat kepada 519 orang. - Bernama

Iklan